INFO

BANJIR

          Banjir nerupakan fenomena dimana limpahan air membanjiri dan menengelami  kawasan yang biasanya kering. Banjir boleh terjadi apabila aliran air dalam sungai atau tasik melebihi sempadannya(tebing) dan menyebabkan air melimpah. Selain itu jumlah hujan yang banyak di kawasan yang tanahnya telah tepu dengan air juga boleh menyebabkan banjir.  Sementara itu sungai akan menyebabkan banjir apabila kadaralir air melebihi kapasiti sungai tersebut.



Banjir di Kuantan


Penggunaan ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran

    Pada minggu lepas (10-13 Disember), saya telah menghadiri satu kursus yang sangat bermakna kepada diri saya dan menjadikan saya seorang yang celik IT (x le celik sangat ada la rabun2 ayam sikit). Saya menghadiri kursus Inovasi ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P). Dalam kursus ini saya telah di ajar dengan 10 software (mcm banyak kan). Walaupun semua sofrware ini bukanlah software yang baru tetapi kesemuanya sangat berguna untuk saya. Software yang saya belajar adalah:

    1. JING (kalau nak install x boleh dia akan jadi jin hihihihi)
    2. CAMTASIA STUDIO (untuk edit video, audio dan photo)
    3. SOCRATIVE.COM (untuk kuiz online)
    4. PREZI.com (presentation online)
   5. PROPROF.com (quiz,assignment, survey etc)
   6. POLLEVERYWHERE (buat survey)
   7. SURVEY MONKEY (buat survey @ questionaire)
   8. FLIPSNACK.com (buat nota jadi mcm buku @ notes)
   9. MINDMAPLE.com (buat short notes mcm peta minda tu)
last but not least dan yang telah mnejadikan saya seorang blogger adalah
 10. BLOGSPOT.com

       Saya telah berjaya meyakinkan pelajar part time saya untuk mengambil kuiz 1 secara online so kita tengok progress nya nanti. 

Ya Allah,
Semoga Ilmu yang Kau pinjamkan ini dapat dimanfaatkan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan. Aku bersyukur kerana Kau memilihku sebagai pengantara untuk menyampaikan Ilmu Mu kepada manusia di bumi ini..
                                                                                                                                Aminnnnn....
                          

No comments:

Post a Comment